Assalamualaikum semua !!. bersempena hari ibu harini, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu ibu di dunia.. saya sayang mama saya !!.. semua anak-anak di dunia ini pasti menyayangi ibu anda J terima kasih mama sebab dah melahirkan umi dan membesarkan umi dengan didikan yang sempurna.. thanks sbb masakkan mknn yg sedap2 untuk umi smpai tak terkawal pembesaran umi..hahaha.. apa apapun, mama adalah mama yang terbaik dalam dunia ni.. LOVE U SO MUCH MAMA..
Here is what Allah say..Al-Quran..
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."(Surah Luqman ayat: 14)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)
Ok, habis pasal hari ibu.. beralih kepada topic sbnr entry ni .. aku sebenarnya sekarang ni perasaan bercampur baur.. aku excited.. dalam masa yang sama, macam cuak jugak.. persediaan barang2, hari rabu baru nak beli track suit sikit.. hari selasa baru nak g medical check up.. pengesahan borang segala.. hope semuanya akan berjalan lancar next week, insyaAllah.. so, macam-macam maklumat yang aku cari pasal asasi sains pertanian ni,, termasuklah bidang2 apa yang aku boleh sambung untuk degree nnti,. And suddenly aku rasa bertuah pulak dapat asasi sains pertanian UPM ni, Alhamdulillah.. I hope cita-cita aku dan cita-cita mama abah akan tercapai.. aku tahu, bukan senang aku nak kejar cita2 aku ni, dan aku tau, byk bnda aku perlu hadapi dan belajar.. tapi insyaAllah berkat doa mama abah, dan semua yang mendoakan aku, insyaAllah aku akan berjaya.. yang aku tahu, aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk berjaya.. so to all my friends yang aku sayang, hhee. Please pray for me..
Mungkin lepas ni blog ni akan lebih kerap ditinggalkan kesunyian ..hahhaa. tapi insyaAllah klau ada cerita2 menarik , aku kongsi bersama..
So, the conclusion is .. 17 mei ni aku akan ,mendaftarkan diri ke UPM Serdang.. and I hope everything will be fine, insyaAllah J
3 comments:
HEY HEY HEY KAMU! Hahaha tahniah umi dapat masuk awal.. Aku kat UM, dekat je dgn kau nanti boleh kau belanja cheesecake seperti yg dijanjikan hmm?? :)
hey budak UM :)) okay, nnti kte dating, aku blanja kau cheesecake.. hahaha.. eh, rindu kau lah =_="
Some really interesting points you have written. Aided me a lot, just what I was looking for : D.
Post a Comment