dear followers :)

Feb 8, 2012

entry pening lalat :)

assalamualaikum :)

ok.. disebabkan harini aku mcm tak berapa nak sihat.. pening2 kepala.. sakit belakang.. rasa mcm nak demam pon ada,. so, untuk menceriakan hari yang mcm berpusing-pusing ni.. aku just nak post bbrape kisah lucu yang aku dpt dari google.. saja nak kongsi and buat korang gelak.. aku baca , aku da gelak da.. haha :)

ok.. cerita pertama.. tajuknya : nak cerita pon malas :)

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya,

“Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

second story , :Hadiah Hari Guru

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

last story : Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

*ha, cerita ketiga ni sesuai ut org yg suka main game kat fb tu.. haha :)

ok la, ini je yg mampu dikongsikan.. :)


8 comments:

AQILA SYAHIENA DAUGHTER OF MOHD NOOR said...

cepat sembuh ye makcik... nak story pasal orang tu lagi... muahahahaahah

umi aisha karim said...

kau la mak cik.. aku nenek :) nenek muda .. haha.. ok2, nnti aku sihat, kte sembang psl cikgu spongebob kau lagi.. :)

AQILA SYAHIENA DAUGHTER OF MOHD NOOR said...

yeay!!! hahahaha suka..

umi aisha karim said...

gatai !!..

AQILA SYAHIENA DAUGHTER OF MOHD NOOR said...

kau ingat senang ke aku nak menggatal nie... orang-orang tertentu je tau!! wahahahaha takpe takpe short term je nih kan..

umi aisha karim said...

yela mak cik gatal.. apa2pun, kau kene ingat tu laki orang .. nnti tak psl2 kau msuk prtndingan marathon ngan bini dia.. hhahaa:)

AQILA SYAHIENA DAUGHTER OF MOHD NOOR said...

hahaha ye ye aku ingat dia laki orang.. lepas nie kalau dia cakap aku girlfriend dia lagi memang aku sepak masuk parit.. hak9 kejam kejam

umi aisha karim said...

hahaha.. tapi lepas kau kecundang ni kau kne jmpe dia lagi.. :D suka la tu..