dear followers :)

Jan 28, 2012

special entry for Nur Khairunnisa :)

Assalamualaikum para blogger dan mereka yg sudi singgah kat blog ni ..

alhamdulillah , syukur kpd Allah krana sehingga tanggal 28 jan 2012 ini, kita smua masih hidup di atas dunia pinjaman daripada Allah .. jika ingin diingatkn semula smua kslhn2 yang kita dah buat slma kita hidup pasti tidak trtanggung rasa bersalah.. namun, Allah Maha Pengampun.. andai tiada siapa di sekeliling anda untuk anda berkongsi rasa, pengalaman, kesedihan mahupun kegembiraan, dongaklah ke langit dan bisiklah pada hati kecil anda bahawa anda ada Maha Pencipta.. yang telah menyempurnakan penciptaan anda berkurun lamanya dulu.. yang telah mengarangkan sebuah diari khas buat anda..di mana diari tersebut telah dituliskan semua perkara tentang anda,.. takdir anda, jodoh anda, ajal anda.. cuma kita sebagai manusia tidak dapat mmbaca diari tersebut.. kerana itu semua urusan Ilahi.. dan Dia tidak memerlukan pertolongan drpd ssiapa untuk mentadbir semua yang berada di langit dan di bumi.. MasyaAllah. betapa besarnya Engkau Ya Allah.. kenapa selama ini aku selalu lalai drpd mengingatiMu.. mengapa selama ini aku bersuka ria hidup di atas rumah pinjamanMu ini ?.. tanpa aku sedar, aku telah jauh dari landasan itu.. jauh ... dan apabila aku rebah, apabila aku berasa takut, barulah aku tahu tiada yang lebih penting dalam diriku melainkan Engkau Ya Allah..

aku hanya ingin mencoretkan kisah benar yang sedang berlaku berkenaan seseorang yang sangat dekat dgnku.. umur yang sama. jantina yang sama.. tahap psikologi yang mungkin sama krana umur yg sama.. namun bezanya , Allah mengujinya dgn ujian yang sgt berat.. andai aku berada ditempatnya,, pasti aku rebah.. tapi dia sangat kuat.. Allah mengujinya dgn penyakit .. Kanser Pangkal Rahim.. dia telah menjalani kimo , dan segala jenis perubatan.. kedua2 rahimnya telah dibuang.. dan apa yang tinggal kepada seorang prmpuan ?...

disebabkan penyakit itu dia tidak menduduki ujian SPM pada tahun lepas.. sebab terlalu banyak kelas yang ditinggalkan untuk pergi berubat.. baru-baru ini ibunya berkongsi cerita dengan my mom psl dia..

hati ibu mana yang tidak pedih melihat anaknya botak kesan kimo.. hati ibu mana yang tidak sedih mendengar tangisan anaknya kerana menanggung kesakitan.. namun ibunya tetap tabah menahan air mata drpd menitis dihadapan anaknya.. berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikul, bukan?..

my mom mintak aku bagi kat dia soalan2 trial, soalan spm and notes.. dan aku yang bercadang nak simpan notes addmath yang sgt d'sygi, dgn rela hatinya bagi kat dia sbb aku tau dia lebih mmerlukan.. semoga smua nota2 yang aku bg kat dia tu dpt bantu dia utk revise apa yg perlu.. and aku akan slaloo doakan dia, insyaAllah .. berat rasanya nak berpisah dgn kekasih hati *addmth* hehe :)

last but not least, tujuan aku buat entry ni utk mintak jasa baik smua yang mmbaca blog ni ,,..tolong doakan kesihatan dia.. kita doakan yang terbaik buatnya.. may Allah bless her and all of us.. insyaAllah..





left : nisa :)

No comments: