dear followers :)

Mar 14, 2010

cuti sekolah!!!...




alhamdulillah..akhirnya, cuti yg d'nnti2kan telahpun tiba..gembira rasanya boleh

bersama keluarga tercinta..kehidupan berada di tingkatan 4 ini lebih memenatkan jika

dibandingkan dengan kehidupan di tingkatan 3. lebih banyak tanggungjawab yg kupikul.

ditambah pula dengan latihan sukan olahraga yang diadakan pada setiap petang bagi

persiapan untuk perlawanan yang akan diadakan di mrsm felda trolak benar2 memenatkan

aku. seusai prep petang, naik ke surau untuk menunaikan solat asar secara

berjemaah.selepas itu naik ke asrama untuk menyalin pakaian dan terus ke padang bagi

meneruskan latihan.itulah rutin hidupku sepanjang sebulan ini.tiada yang berbeza

dari hari ke hari..sehinggakan kadang-kala terasa kosong di dalam perjalanan hidup

yg kutempuh ini.aku cuba untuk mencari jawapan mengapa hidupku sering terasa

kosong.bagai ada seseuatu yang amat berharga telah hilang dari hatiku..dari setiap

hari-hari yang kutempuhi..aku rasa aku tahu jawapannya, tetapi biarlah aku dan Allah

sahaja yang tahu jawapan itu..dan biarlah rasa kekosongan ini tetap bersemadi di

dalam hatiku..kerana kekosongan inilah yang akan melonjakkan aku untuk mencari

seseorang yang mampu dan layak memenuhi ruangan itu..ya..mungkin suatu hari

nanti..aku akan mencarinya.namun kini, aku hanya mampu berdoa moga kekosongan itu

tidak akan dipenuhi dengan hasutan syaitan yang hanya akan membinasakan aku.yang

akan mengajakku melakukan perkara yang tidak sepatutnya kulakukan.NAUZUBILLAH.namun

percayalah, suatu hari nanti, aku kan tetap mencarinya.mencari seorang yang telah

meninggalkanku..insya-ALLAH..


1 comment:

raihan said...

uish!! takut aku bace post ko kali ni..
penuh nafsu!!
bhahaha..
gurau je..
thx coz letak pic aku kat blog ko!!
bangge pon ade..