dear followers :)

Feb 11, 2010

AL-QURAN sebagai hadiah?...


dunia globalisasi kini telah melahirkan pelbagai cetusan idea..idea untuk membuat

barangan2 baru..perhiasan..hadiah..teknologi..dan sebagainya..namun manusia lupa

hadiah yang paling bermakna dalam kehidupan seseorang umat Islam iaitu

AL-QURAN..Al-Quran adalah panduan yang paling baik untuk semua umat Islam..ALLAH

telah pun berjanji bahawa di akhirat kelak, Al-Quran akan menjadi pembela kepada

manusia yang beramal dengannya..semoga kita bersama-sama menghargai kitab suci

Al-Quran ini dan cuba untuk memahami setiap maksudnya..sungguh indah kalam Allah ini

jika dihayati dan difikirkan..jadilah manusia yang sentiasa berfikir!!...



baru-baru ini, aku ada memberikan sebuah Al-Quran tafsir kepada seorang sahabat yang

terlalu kusayangi..sebagai hadiah terakhir sebelum dia berpindah ke mrsm pkp..aku

harap, kalau suatu hari nanti, kau membaca blog ini..aku nak kau tahu, ada banyak

sebab aku bagi kau hadiah tu..antaranya ialah, aku nak kau jadi manusia yang

sentiasa belajar memahami Al-Quran..walaupun aku sedar aku bukanlah seorang yang

terlalu baik, tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk menjadi seorang yang

baik..jujur aku katakan,terlalu banyak dugaan yang perlu kuhadapi untuk

berubah..terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepadaku..namun, aku reda dan aku

anggap itu semua sebagai balasan atas segala kejahatan dan kejahilan aku selama

ini..dan aku juga bagi hadiah tu pada kau sebab aku nak tengok kawan aku

berjaya..aku tau kau pandai..kau adalah idola aku untuk aku study..kau adalah

semangat aku..dan aku nak tengok idola aku ni berjaya dunia dan akhirat..dan aku nak

kau tau yang aku sayang sangat idola aku ni!!!!!!.......

No comments: