dear followers :)

Jun 14, 2010

Menantu Yang Luarbiasa..



Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah

tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah

dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan

pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,

berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya

si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya

pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat

jugak lah masuk tidurnya. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya,

pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh.

Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk

mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat

jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga

lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas

selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat

tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke?

tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan

gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

pengajaran yang boleh diperoleh daripada cerita ini ialah kita tidak perlu berpura-

pura untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Jadilah diri sendiri dan sesungguhnya

jujur itu ialah perbuatan yang sangat dihormati..

3 comments:

Anonymous said...

yupp...sy stuju
smart article!!! =p

umi aisha karim said...

tengs ina...

Anonymous said...

yup..
u wlcme!!!