dear followers :)

Dec 21, 2009

kepadamu teman..



Ya Allah,
aku mohon padaMu,
jika aku jadi sahabatnya,
jadikanlah aku sahabat yang akan mendorongnya ke arah kebenaran,
jika aku jadi sahabatnya,
jadikanlah aku sahabat yang akan sentiasa menyayanginya,
jika aku jadi sahabatnya,
jadikanlah aku sahabat yang akan sentiasa menjadikan hidup ini bermakna,
jika aku jadi sahabatnya,
jadikanlah ak sahabat dunia akhiratnya,
tapi Ya Allah,
jika dia bukan sahabatku,
jika dia tidak menerimaku,
jika dia membenciku,
bahagiakanlah hidupnya Ya Allah,
berikanlah kejayaan dunia akhiratnya Ya Allah,
jadikanlah dia anak yang solehah,
jadikanlah dia hamba yang taat pada perintahMu,
jadikanlah dia hamba yang sentiasa menghindari laranganMu,
jadikanlah pekertinya seperti bidadari di syurgaMu Ya Allah..
semoga suatu hari nanti,
dia akan menerimaku,
dia akan menjadi sahabatku,
dia akan sentiasa disisiku,
kerana kau lebih mengerti akan perasaanku..
akan harapanku..
yang terlalu menyayanginya,
sebagai sahabatku,
sebagai pendampingku.
sebagai peneman gelak dan tawaku..
suka dan duka ku...
sahabatku..

No comments: