dear followers :)

Dec 22, 2009

12 ciri sahabat yang berkualiti..




1- TENANG..
sikapnya yang sentiasa tenang dan tersenyum setiap kali bersamamu menggambarkan dia seorang rakan yang ikhlas. Dia tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh atau menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang hebat. Hanya dengan senyuman membuatkan kamu yakin dia akan bersamamu susah dan senang.

2- BERI PERHATIAN..
setiap kali kammu ceritakan masalah, dia sangat berminat mendengar walaupun telah banyak kali diulang. Dia akan memberi saranan dan motivasi buat kamu.

3- TIDAK MEMILIH..
walaubagaimanapun kamu, dia tidak pernah mengkritik dan malu bersamamu.

4- TUNJUK PERASAAN SAYANG..
dia bijak menunjukkan perasaan sayangnya. Tidak perlu diucap dan menunjuk-nunjuk sebaliknya secara natural. Sebagai contoh, ketika kamu sakit, dia sanggup berkorban untuk menjagamu.

5- TIDAK MENGUNGKIT..
bukan pada kamu sahaja tetapi pada semua!. Apa-apa kebaikan yang dibuat tidak pernah diungkit dan diuar-uarkan. Baginya, semuanya ikhlas walaupun tidak dihargai.

6- TIDAK SELFISH..
sahabat berkualiti tidak pernah lupa kawannya susah dan senang. Sekiranya ada apa-apa yang diperoleh, pasti dikongsinya.

7- MENGHARGAI..
setiap kali hari-hari penting, sebagai contoh, birthday, friendship day. Dia akan sama-sama meraikannya. Dia tidak akan lupa bagi gift. Ini adalah salah satu cara dia appreciate giler kat kamu.

8- BERCAKAP BENAR..
sahabat yang berkualiti tidak pernah menipu. Walaupun ianya mengaibkan, dia akan tetap berterus-terang.

9- MENGHORMATI..
dia akan sentiasa hormat sifat dan pendirianmu walaupun berbeza minat, ianya tidak menjejaskan persahabatan, malah dia akan sentiasa menyokong kamu.

10- PEMURAH..
dia tidak pernah kedekut untuk meminjamkan apa-apa sahaja miliknya pada kamu. Baginya, barang-barang itu tiada nilainya berbanding kamu sebagai sahabatnya.

11- MEMBANTU TANPA HARAPKAN BALASAN..
dia akan sentiasa ada apabila kamu dilanda masalah. Dia akan sedaya upaya menolong kamu. Sememangnya sahabat yang baik akan sentiasa menolong kamu walaupun diluar pengetahuanmu. Tetapi, dia tidak pernah sesekali mengharapkan balasan.

12- DOAKAN SAHABAT..
mungkin dia tidak mampu bagi gift yang mahal-mahal atau mengadakan sesuatu yang bermakna buat kamu. Namun, dia tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kamu. Dia yakin itulah hadiah yang amat bermakna buat kamu sebagai orang yang sangat disayanginya selepas keluarganya. dan dia yakin dia hanya akan bahagia apabila melihat kamu bahagia walaupun kadang-kala dia perlu mengorbankan sesuatu untuk melihat kamu bahagia.

1 comment:

umi aisha karim said...

manusia memerlukan sahabat dalam kehidupan sehariannya..inilah sahabat sejati..
ak jua sntiasa mencuba menjadi seorang sahabat yang sejati..insyaAllah..