dear followers :)
Mar 16, 2010
pagi yang panjang..
alhamdulillah, hari ini aku masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog
kesayanganku ini..disinilah tempat aku meluahkan segala-galanya..aku kini sedang
diuji dengan sedikit kesakitan. aku memulakan hariku seperti biasa.bangun pagi,
mandi, solat Subuh, then bersiap utk ikut ayah aku g ofis. tapi pagi ni aku g
hospital universiti, k.lumpur. amik ubat. hari ni dah masuk lima hari aku diuji
dengan penyakit ni. tp hari ni baru nak amik ubat. aku sampai di hos.universiti
seawal jam 8.25 pagi. amik nombor.daftar.jmpe doktor.amik ubat n balik. smua proses
ni mangambil masa lebih kurang 3 jam. masa yang sangat lama bukan. dalam diam, aku
merungut tentang sistem hospital kerajaan yang agak lambat ini.namun inilah yang
mengajarku erti kesabaran. dalam masa 3 jam inilah aku terfikir tentang sesuatu yang
selama ini tidak pernah aku fikirkan. pelbagai ragam manusia yang aku jmpe spanjang
3 jam aku berada di hospital kerajaan itu. yang muda ..yang tua.. yang sempurna
fizikal dan mental. yang kurang upaya.bermacam-macam..sewaktu aku ingin mengambil
ubat, aku terlihat seorang ibu memimpin tangan anaknya yang menghidap penyakit DOWN
SINDROM.. anaknya terjerit.terlolong. meronta-ronta supaya ibunya melepaskan
tangannya. namun ibu itu tetap memimpin tangan anaknya.tidak dilepaskan walau
sedetik pun. walau sesaat pun.aku terfikir sesuatu, jika aku menjadi si ibu itu,
sanggupkah aku melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh ibu itu. itu jika aku
menjadi si ibu , jika aku menjadi si anak yang kurang upaya itu, sanggupkah aku
menghadapi dunia luar??..sanggupkah aku meneruskan hidup dalam keadaan yang
sebegitu..bayangkan, dia terpaksa meneruskan hidupnya mungkin dalam masa 60 tahun
atau 70 tahun, tanpa dia faham satu pun yang dilakukannya dalam kehidupan seharian.
tiba-tiba terbit rasa menyesal kerana Allah hanya mendugaku dengan sdikit
dugaan,tetapi aku sudah merungut itu dan ini. namun pernahkah si anak tadi merungut
kerana dia dijadikan sebegitu??...wallahualam..apapun, aku bersyukur kerana Allah
turunkan aku ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna fizikal dan
mental..alhamdulillah YA ALLAH.. terima kasih YA ALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
haha..
sbnrnye ko x sedar..
sedikit sebyk ko pon down sidrom..
penat aku layan ko ngn faliha..
same je due ekor..
nsb bek da g amik ubat..
kalo x,terseksa aku nak layan ko,faliha ngn awatif..
Post a Comment