dear followers :)
Jan 3, 2010
hari terakhir..
Alhamdulillah..Allah masih mengurniakan kudrat untukku mencoretkan sesuatu untuk
tatapan sesiapa yang rela membaca blog ini. Mungkin coretan ini adalah coretan yang
terakhir sebelum aku kembali ke asrama. Syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
memakbulkan doa-doaku selama ini, iaitu untukku berjaya dalam pmrku.
Walaupun keputusanku tidak segah keputusan rakan-rakanku yang lain,namun, aku
bersyukur kerana aku masih diberikan kejayaan. Kejayaan yang sedikit itu amat manis
dirasakan buat insan yang jarang mencapai kejayaan sepertiku. Aku gembira walaupun
sebenarnya jauh di sudut hatiku tersimpan perasaan gelisah, sedih, hampa kerana aku
tidak berjaya dengan cemerlang sebagaimana rakan-rakan seperjuanganku yang lain.
namun, sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kerana DIA menakdirkan itu supaya aku
semakin dekat dengan-Nya. aku sujud kepada-Nya. aku menangis kerana-Nya. aku
tersenyum kerana-Nya. ALHAMDULILLAH. Esok, aku akan kembali ke asrama. aku akan
kembali ke medan perjuanganku. aku akan kembali mengejar kejayaan buat spm 2011. aku
tidak akan berlengah lagi. masa mengejarku. aku kembali ke medan perjuangan itu
untukku berjuang, untukku mengejar impianku, bukan untuk berfoya-foya, bermain-
main..MASYAALLAH..aku telah pun berazam untuk berjaya. dan aku akan memenuhi azamku
itu. aku berjanji!!..insya-ALLAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga impianmu trcpai..amin..
amin...
marilah kita ssme berdoa...
Post a Comment