dear followers :)
Dec 23, 2009
baca la yer..
Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di
sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja.
Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia
menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada
anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.Selepas itu dia meminta izin
untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu.
Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda,
tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun
meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya:
"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua
ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah
sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah
apalah penyakit aku ni…aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu
penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau
jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis
ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau
perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak akukot…semasa waktu pulang
dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak
tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu
semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila
terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di
koridor tu…tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu
jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat
semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke
kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..hmmm…tapi aku tak
kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku
pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka
lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa
yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku
sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku
untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu
indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku
mendengar agar tenang dan senang kau merasa..setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan
takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan
ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan
melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah
semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..aku berdoa agar pintu hatimu terbuka
untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan
sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar
persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang
memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku
tersayang…sekian sahaja, wassalam… Daripada, Sabahatmu… "
Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan
bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun
menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya.
Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.
href="http://www.coolfreeimages.net/images/friendship/friendship_12.jpg">
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment