dear followers :)

Feb 7, 2010

hadiah sebagai penghargaan atau kebiasaan??..




aku ada memberikan sebuah hadiah kepada salah seorang daripada rakan yang terlalu

kusayangi..namun kadang-kala aku terfikir..aku sering memberikannya hadiah

sehinggakan aku merasa ianya sebagai satu kebiasaan..aku duduk berfikir dan bertanya

kepada hatiku..sama ada hadiah yang aku berikan itu sebagai sebuah penghargaan

ataupun hanya kebiasaan..sukar untuk aku menjawab soalan itu..namun, setelah aku

berfikir dan berfikir, aku mendapat suatu jawapan yang sgt mudah iaitu hati.. hati

aku terdetik untuk memberikannya hadiah..otak aku berfikir untuk memberikannya

hadiah ataupun tidak..dan tubuhku bergerak dan berusaha untuk memberikannya

hadiah..tiba-tiba aku teringat satu ayat yang kubaca dalam sebuah buku yang bertajuk

HIDUP BUKAN RAHSIA iaitu "apa yang kita fikirkan ibarat bunga;bahasa ibarat

putik;manakala tindakan adalah buahnya".yes, that's it. namun, persoalannya masih

belum habis terjawab.mengapa hati aku terdetik untuk memberikannya hadiah???....aku

kembali berfikir dan berfikir..akhirnya, aku mendapat satu jawapan yang aku anggap

ikhlas dari hatiku..satu jawapan yang telah lama kupendam dalam hatiku..satu jawapan

yang aku sendiri tau..iaitu kerana dia sahabatku..kerana aku perlu

menghargainya..dan kerana aku menyayanginya....

"jika anda tidak sanggup menulis dan menandatanganinya, janganlah menyebutnya".

2 comments:

Nur Amalina bt Anuar said...

umi apepun yg pnting kita ikhlas dlm stiap prkara..

umi aisha abdul karim said...

terima kasih ina kerana memberikan sokongan...
gud luck kat taiping...