dear followers :)

Dec 29, 2009

ikhlas dari dasar hatiku..





Sahabatku...

engkau sahabat sejati yang kumiliki,

sentiasa menemaniku susah dan senangku,

kau sentiasa dipangkuanku,

sahabatku..

di dalam liku hidup ini,

aku berjalan mencari erti kehidupan,

aku berjalan mengenal erti kebahagiaan,

erti keperitan,

semakin aku dekat dengan jalan-jalan yang sukar,

semakin ingatanku terhadapmu kian mencengkam rusuk hatiku,

terlalu dalam..

untuk kau sentiasa mempertahankanku..

semakin aku dekat dengan jalan-jalan yang membahagiakan,

semakin ingatanku terhadapmu bagai hama yang berterbangan,

hilang ditiup angin..

entah ke mana..

namun, aku sedar aku bersalah..

bersalah meninggalkanmu keseorangan..

kini aku mengenal erti keperitan..

aku belajar erti penyesalan.

namun, segalanya telah terlambat..

kerana engkau telah terlalu jauh..

terlalu jauh untukku jangkau..

terlalu dalam untukku paut..

kepergianmu sangat kukesali,

mengapa aku tidak sedar akan kehadiranmu dalam kamus hidupku,

mengapa aku tidak sedar akan pemergianmu yang mematikan separuh diriku??...

namun,

setelah aku tahu semuanya,

engkau sudah tiada dipangkuanku lagi,

hilang bagai hama ditiup angin.

2 comments:

umi aisha karim said...

alhamdulillah..
tercetusnya idea untuk menulis puisi..
ditujukan buat sahabat2ku...

Anonymous said...

yup..!!sgt menarik!!

oh ye..cntik blog..=)
kte dftr buln ogos tau..