dear followers :)

Dec 17, 2009

sekadar renungan bersama


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
manusia diciptakan diatas muka bumi ini untuk menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,
Allah sentiasa menguji hambaNya,
namun manusia sering merungut apabila diberikan sedikit ujian daripada Allah,
adakah manusia sedar mengapa Allah berbuat demikian??..
Allah akan sentiasa menguji hambaNya,,
namun Dia tidak akan menguji hamba2Nya dengan ujian yang tidak boleh dihadapi oleh hamba2Nya..
disebalik setiap ujian yang diturunkanNya, pasti ada hikmah.
pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh seorang manusia jika manusia itu berfikiran positif dan sentiasa mencari kebaikan disebalik keburukan..
manusia sering menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu yang buruk ke atas diri mereka,
namun, adakah manusia sedar bahawa manusia diberi peluang untuk mencorakkan takdir hidup mereka..
walaupun Allah yang menentukan segala2nya,
namun, Allah itu tidak kejam,
Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba yang amat disayangiNya..
namun manusia leka, manusia alpa mengejar kemewahan dunia, manusia leka mengejar duniawi sehingga meminggirkan akhirat.
walaupun sebenarnya itulah yang akan kekal..
sebagai contoh, kisah seorang kaya..
beliau seorang yang sangat kaya..
namun, kedekut, bongkak, sombong kepada manusia dan Tuhannya.
apabila jatuh muflis, beliau menyalahkan takdir..
takdir itulah..
takdir inlah..
jika beliau sedar, beliaulah yang mencorakkan hidupnya ke arah muflis..
beliau bongkak dan takbur kepada Allah dan sesama manusia..
sedangkan Allah menyuruh hambaNya berkongsi nikmat yang dimiliki..
beliau menggunakan harta2nya ke arah kemaksiatan..
sedangkan beliau tahu akan dosa dan balasannya..
namun, harta dan kekayaan menutup mata hatinya untuk memikirkan itu semua.
beliau leka, alpa, bongkak, sombong..
akhir kata, inilah kisah yang boleh diteladani oleh sumua umat Islam..
saya menyusun sepuluh jari jika apa yang ditulis ini tidak menarik untuk dibaca namun ambillah pengajaran daripada kisah ini..
sekian, terima kasih..

No comments: